CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 14, 2010

DIET DAN PEMAKANAN


PENGENALAN

Arowana adalah termasuk dalam kategori karnivor. Kebanyakan daripada diet ikan ini di habitat semulajadi adalah serangga, anak-anak ikan, udang, cacing dan haiwan amfibia kecil. Namun begitu, bagi penggemar ikan ini, makanan hidup lebih di sarankan untuk di berikan. Terdapat juga makanan berbentuk tablet yang berkhasiat tinggi di bungkus khas untuk ikan ini di pasaran tempatan. Kepelbagain variasi makanan haruslah di ambil kira untuk membekalkan zat-zat makanan yang merupakan sumber utama untuk tumbesaran dan mengelakkan arowana daripada kehilangan selera makannya.

Untuk anak arowana (bawah 6' inci) makanan perlu diberikan 3 kali sahari. Bagi arowana yang bersaiz (6'-14' inci), 2 kali sehari. Manakala bagi arowana yang dalam tempuh matang (atas 14' inci) perlu diberi makan sekali sehari atau berselang sehari. Penggunaan anak ikan yang mengandungi banyak lemak perlu dijarakkan untuk mengelakkan sindrom seperti 'eye-drop' (mata ke arah bawah). Selain itu, arowana juga tidak boleh terlebih di beri makan. Ini bakal menghilangkan selera makan ikan tersebut seterusnya menyebabkan ikan melaparkan dirinya selama beberapa hari. Terlebih beri makan juga dipercayai dapat memendekkan jangka hidupnya dan sedikit sebanyak memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Apabila makanan hidup di berikan, penekanan haruslah ambil. Anak ikan, lipan, lipas atau makanan hidup yang lain perlu di 'kuarantin' selama beberapa hari untuk memastikan makanan tersebut benar-benar selamat untuk di berikan kepada arowana. Dalam masa yang sama risiko menyebaran wabak penyakit dapat di kurangkan.

Antara jenis-jenis makanan yang boleh dijadikan variasi untuk spesis arowana ini adalah seperti yang berikut :

LIPAN

lipan antara kegemaran arowana

Lipan adalah makanan arowana yang sangat berkhasiat. Para penggemar arowana menggunakannya untuk menaikkan warna merah pada badan ikan tersebut. Namun begitu, adalah sukar untuk mendapatkan bekalan ini di pasaran. Terdapat juga lipan beku yang dijual berbanding dengan lipan hidup. Ada yang berpendapat kekerapan menggunakan lipan mungkin menyebabkan sirip dan ekor ikan reput kerana sifatnya yang panas.

MEALWORMS (CACING BURUNG)

"cacing burung"

Cacing burung adalah salah satu lagi diet yang menyihatkan dan berkhasiat untuk arowana. Namun demikian, oleh kerana kulit ataupun cengkerangnya yang agak kasar dan keras, elakkan daripada memberi anak ikan arowana untuk mengelakkan daripasa masalah seperti ketidakhadaman dan kecederaan dalaman. Gunakan cacing yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya (berwarna putih)kerana ketika ini, cacing masih lembut. Kulit cacing yang berwarna gelap menandakan ia sudah tua. Warna yang cerah disarankan. Elakkan memberi cacing yang sudah mati kepada arowana anda untuk mengelakkan risiko kematian.

Teknik melemaskan cacing dahulu sebelum di berikan kepada ikan adalah di syorkan. Itupun jika arowana anda ingin memakan cacing yang sudah mati. Kepala cacing juga di sarankan di buang terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah penghadaman. Cara pemberian haruslah betul. Berikan cacing satu demi satu, selepas cacing yang pertama sudah di telan ikan, masukkan cacing yang kedua. Elakkan daripada memberikan dalam kuantiti yang banyak sekali gus bagi mengelakkan ikan anda hilang selera dan demi memelihara kebersihan akuarium anda daripada menjadi kotor dan busuk di sebabkan cacing tersebut.

KATAK


Katak (Rana catesbeiana) merupakan antara diet kegemaran arowana. Katak adalah makanan yang sangat berkhasiat bagi arowana. Katak yang hendak diberikan kepada arowana seeloknya adalah katak yang dipelihara dan bukanlah katak liar yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai diberikan kepada arowana kerana ia berisiko tinggi mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.

Diet katak ini sesuai di berikan kepada arowana seawal usia ikan mencapai 6-7 bulan, kira-kira ketika ikan bersaiz 8'-9' inci. Saiz katak mestilah bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Ini bagi memudahkan ikan menelan katak dan seterusnya menghadamnya.

katak juga antara diet istimewa arowana
Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di hadapannya serta berkulit perang muda pada badan ini juga, dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya. Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, katak ini mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan. Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar RM0.50 seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. 

0 comments: