CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

March 29, 2011

"TINFOIL BARB"


"Tinfoil Barb" merupakan salah satu jenis ikan yang tidak asing lagi bagi mereka yang baru berkecimpung dalam dunia arowana.Spesis yang senang di bela bagi mereka yang mula berjinak-jinak dengan dunia ikan hiasan ini, merupakan antara spesis ikan yang selalu di gunakan penggemar arowana bagi tujuan yang tertentu. "Tinfoil Barb" ini terbahagi kepada dua jenis iaitu yang berwarna siver dan albino. "Albino Tinfoil Barb" pula memiliki perbezaan dengan "Silver Tinfoil Barb" dari segi warnanya. Namun, kedua-dua jenis ikan ini datang dari kelompok yang sama.

Memiliki kepantasan yang berbeza dengan ikan-ikan yang lain, dan senang mengadaptasikan keadaan sekitar merupakan antara faktor yang membuatkan spesis ini menjadi pilihan untuk di campurkan bersama ikan arowana. Antara keperluan ikan ini adalah keadaan PH air (6.0-7.5), suhu air (24C-27C), jangka masa hidup (8-10 tahun), bersaiz maksimum 13 inci (32cm) dan kebiasaanya bergerak secara berkumpulan.

Kesesuaian utama ikan ini di biar utk di campurkan dengan spesis arowana adalah faktor kepantasannya yang berbeza dengan ikan hiasan yang lain. Ikan ini sesuai di letakkan di dalam "Arowana Community Tank" bagi mengelakkan pergaduhan sesama ikan kelisa apabila mereka kelaparan. Secara tidak langsung, risiko kecacatan atau pendarahan pada ikan kelisa dapat di elakkan.

Bagi mereka yang khuatirkan kualiti ataupun keadaan air akuarium samada air tersebut sesuai ataupun tidak untuk ikan kelisa, ikan "Tinfoil Barb" ini boleh di gunakan sebagai index bagi menguji keberkesanan kualiti air. Jika ikan yang di masukkan tidak mati dalam tempoh masa tertentu, maka air tersebut selamat di gunakan untuk ikan kelisa. Jika sebaliknya, ada langkah yang perlu di ambil oleh anda di situ.

Selain itu, ikan ini dapat menguji kualiti air ikan yang sedia ada di campurkan dengan ikan kelisa. Jika terdapat tanda-tanda sakit pada ikan ini, segeralah rawat air akuarium anda kerana ada kemungkinan besar ikan kelisa yang ada di dalam akuarium yang sama akan turut terkena penyakit tersebut. Pencegahan awal amat perlu bagi memastikan ikan yang anda sayangi terus hidup dengan sihat.

Antara masalah utama pemeliharaan ikan kelisa adalah kandungan sisa makanan yag berlebihan yang terdapat di dalam akuarium. Selain mengawal pemakanan ikan, memberi makan dengan betul ataupun melakukan pembersihan akuarium secara kerap, ikan ini juga mampu menjadi medium bagi membersihkan akuarium anda. Sisa makanan yang di biarkan larut di dalam air akan menyebabkan kandungan ammonia meningkat dan seterusnya memberikan ancaman pada ikan kelisa anda. Dengan adanya ikan ini, kedaan tersebut dapat di elakkan apabila sisa makanan itu tadi di makan olehnya. Penekanan di berikan pada mereka yang menggunakan cacing tanah dan cacing burung (mealworms) sebagai diet ikan kelisa kerana kebolehannya untuk mencemarkan air.