CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

December 30, 2011

"CHIP SCALE"


Penyakit yang sering kali di kenali sebagai “chip scale” di kalangan penggemar arowana. Chip scale adalah gelaja sisik arowana yang mereput di sebabkan kualiti air yang merosot. Kualiti air yang teruk di sebabkan kadar pH yang terlalu tinggi adalah punca utama penyakit ini. Kadar ammonia dan bacaan Chlorine juga perlu di ambil kira.

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Oleh itu, pantauan kualiti air perlu sentiasa dilakukan supaya perubahan pH air tidak terlalu ketara dan boleh menyebabkan kematian arowana. Langkah menukar air lebih kerap (2-3 kali seminggu) sebanyak 10%-20% sesuai dilakukan. Penapis(filter) akuarium juga perlu kerap kali dibersihkan untuk menjaga kebersihan akuarium. Asasnya, kualiti air perlu dijaga (pH, chlorine, ammonia, karbon) supaya dalam keadaan terkawal.


contoh gambaran penyakit 'chip scale'