CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

August 8, 2012

"KATAK DIET AROWANA"


Katak (Rana catesbeiana) merupakan antara diet kegemaran arowana. Katak adalah makanan yang sangat berkhasiat bagi arowana. Katak yang hendak diberikan kepada arowana seeloknya adalah katak yang dipelihara dan bukanlah katak liar yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai diberikan kepada arowana kerana ia berisiko tinggi mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.

Diet katak ini sesuai di berikan kepada arowana seawal usia ikan mencapai 6-7 bulan, kira-kira ketika ikan bersaiz 8'-9' inci. Saiz katak mestilah bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Ini bagi memudahkan ikan menelan katak dan seterusnya menghadamnya.

katak antara diet utama arowana

Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di hadapannya serta berkulit perang muda pada badan ini juga, dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya. Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, katak ini mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan. Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar RM0.50 seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai.