December 31, 2012
Posted by aRowaNa.cOm at 3:23 PM 0 comments
November 29, 2012
October 21, 2012
'VIDEO SUPER HIGHBACK GOLDEN'
SUPER HIGHBACK GOLDEN
BLUEBASE AROWANA
14 INCH
27/10/2012
21/10/2012
Posted by aRowaNa.cOm at 12:07 PM 0 comments
October 18, 2012
September 30, 2012
September 25, 2012
"UPDATE HB GOLDEN AROWANA"
Spesies " highback golden " adalah antara spesies arowana yang mudah dan berpatutan untuk dimiliki oleh semua peminat ikan kelisa. Anak ikan kelisa yang kecil kebiasaannya dipelihara secara 'community tank' di mana beberapa ekor anak ikan kelisa di campurkan dan dibela di dalam tempat yang sama. Anak ikan perlu diasingkan apabila mencapai saiz tertentu. Berikut adalah gambar spesies anak ikan " highback golden " yang dipelihara sejak kecil.Sisik sudah muncul di barisan kelima.
HIGHBACK GOLDEN AROWANA
7' ~ 7.5' INCH / 5 PCS / 11 AUGUST 2012
Posted by aRowaNa.cOm at 7:40 PM 0 comments
August 8, 2012
"KATAK DIET AROWANA"
Katak (Rana catesbeiana) merupakan antara diet kegemaran arowana. Katak adalah makanan yang sangat berkhasiat bagi arowana. Katak yang hendak diberikan kepada arowana seeloknya adalah katak yang dipelihara dan bukanlah katak liar yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai diberikan kepada arowana kerana ia berisiko tinggi mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.
Diet katak ini sesuai di berikan kepada arowana seawal usia ikan mencapai 6-7 bulan, kira-kira ketika ikan bersaiz 8'-9' inci. Saiz katak mestilah bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Ini bagi memudahkan ikan menelan katak dan seterusnya menghadamnya.
Diet katak ini sesuai di berikan kepada arowana seawal usia ikan mencapai 6-7 bulan, kira-kira ketika ikan bersaiz 8'-9' inci. Saiz katak mestilah bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Ini bagi memudahkan ikan menelan katak dan seterusnya menghadamnya.
![]() |
katak antara diet utama arowana |
Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di hadapannya serta berkulit perang muda pada badan ini juga, dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya. Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.
Secara amnya, katak ini mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan. Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar RM0.50 seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai.
Posted by aRowaNa.cOm at 11:31 AM 0 comments
July 27, 2012
"NEW HOME"
11" ~ SUPER HIGHBACK GOLDEN AROWANA
5' x 2' x 2' AQUARIUM TANK (BLACK CABINET)
BLACK TINTED - BOTTOM, BACK, SIDE
Posted by aRowaNa.cOm at 2:46 AM 2 comments
"SILVER AROWANA"
'Silver Arowana' ataupun arowana perak sudah lazim di dalam industri ikan kelisa. Spesies ini adalah spesies yang termurah di dalam kelompok arowana. Harga tempatan anak ikan jenis ini adalah murah berbanding jenis yang lain, kebiasaannya berada di dalam lingkungan RM 30~RM 50 mengikut saiz dan kualiti ikan. Oleh kerana harganya yang murah, spesies ini selalunya menjadi permulaan bagi mereka yang baru sahaja mula berjinak-jinak dengan arowana.
Antara keperluan asas ikan ini adalah ruang yang besar kerana kadar tumbesaran ikan ini lebih cepat berbanding ikan kelisa yang lain. Selain daripada mempunyai kadar tumbesaran yang cepat, ikan ini juga lebih agresif berbanding spesies yang lain. Untuk tujuan pemeliharaan di dalam akuarium, penutup akuarium mestilah tertutup rapat kerana sifat ikan ini yang suka melompat keluar dari air.
Terdapat lagi satu spesies dimana sedikit pengubahsuaian genetik di lakukan untuk menghasilkan baka yang lebih menarik dan cantik. Platinum silver arowana adalah spesies silver arowana yang mempunyai warna putih berbeza dengan 'silver arowana' disebabkan oleh pengurangan semua jenis pigmen yang ada pada kulit. Harga spesies ini sangat mahal melangkaui spesies yang lain.
![]() |
anak "silver arowana" bersaiz 3-4' inci" |
![]() |
Silver Arowana mempunyai tarikannya yang tersendiri. |
![]() |
"platinum silver arowana" |
Posted by aRowaNa.cOm at 1:18 AM 0 comments
July 19, 2012
"HIGHBACK GOLDEN"
Spesies " highback golden " adalah antara spesies arowana yang mudah dan berpatutan untuk dimiliki oleh semua peminat ikan kelisa. Anak ikan kelisa yang kecil kebiasaannya dipelihara secara 'community tank' di mana beberapa ekor anak ikan kelisa di campurkan dan dibela di dalam tempat yang sama. Anak ikan perlu di asingkan apabila mencapai saiz tertentu. Berikut adalah video spesies anak ikan " highback golden " yang dipelihara sejak kecil.
4.5"-5"~ HIGHBACK GOLDEN AROWANA
21.05.2012 ~ 5 PCS
21.05.2012 ~ 5 PCS
Posted by aRowaNa.cOm at 8:52 PM 0 comments
"DROP EYE (MATA JATUH)"
Apakah yang dikatakan dengan 'drop eye'?
Sebagai
permulaan, 'drop eye' bukanlah sejenis penyakit yang membolehkan ianya
berjangkit kepada ikan yang lain. Drop eye adalah keadaan mata ikan kelisa yang
menghala sedikit ke bawah di sebabkan faktor-faktor tertentu. Keadaan ini tidak
membahayakan kesihatan ikan tetapi haruslah di pastikan, pemilihan ikan yang
baik adalah ikan yang bebas daripada sindrom 'drop eye'. Semakin meningkat usia
ikan, semakin tinggi potensi untuk mendapat sindrom 'drop eye'.
Apakah punca 'drop eye'?
Sehingga
kini, masih tiada bukti saintifik yang kukuh untuk membuktikan punca simptom
'drop eye' ini. Namun begitu, pandangan-pandangan penggemar ikan kelisa
berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, sedikit sebanyak boleh di jadikan
panduan untuk mengelakkan keadaan ini. Antara perkara yang dikatakan punca
sindrom ini bermula
adalah:
1) Lemak
yang berlebihan.
~Pemberian makanan yang berasaskan
kandungan lemak yang tinggi seperti "super worm' dan 'feeder goldfish'
menyebabkan penghasilan lemak di bahagian belakang mata ikan kelisa dan
seterusnya menolak mata ikan ke bawah.
2) Faktor
genetik.
~Induk ikan yang baik akan menghasilkan
anak ikan yang lebih tahan lasak dan baik.
3)
Keamatan cahaya yang terlalu terang.
~Lazimnya, lampu bagi tujuan 'tanning' di
letakkan dalam jarak 5cm dari paras air
untuk menaikkan potensi warna sisik ikan sejak kecil. Kemungkinan ikan kelisa
terganggu dengan keamatan lampu yang sangat terang akan menyebabkan ikan
mengalihkan pandangan ke tempat lain khususnya ke dasar akuarium dan ini
menyebabkan 'drop eye' mula terjadi.
4)
Pandangan ikan ke dasar akuarium.
~Antara faktor yang menyebabkan ikan
memandang ke bawah adalah untuk
mendapatan makanan seperti udang hidup yang lazimnya berada di dasar akuarium.
Apabila ikan kelisa kerap memandang ke dasar akuarium, keadaan ini akan
menyebabkan ikan mudah mendapat sindrom 'drop eye'.
Posted by aRowaNa.cOm at 8:11 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)