CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

April 9, 2010

"GREEN AROWANA"


arowana hijau bersaiz 13" 
'Green Arowana' ataupun lebih di kenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'kelisa hijau' merupakan salah satu spesis ikan kelisa Asia Tenggara yang sangat diminati. Kelisa ini mendiami sungai dan tasik besar yang tertentu di Asia Tenggara (tidak termasuk Filipina) seperti Tasik Kenyir. Spesis ini merupakan spesis kelisa yang termurah selain daripada 'yellow-tail' dan 'pearl ' arowana. Bagi penggemar yang baru menceburkan diri untuk memiliki spesis arowana sebagai ikan hiasan di rumah, spesis ini sangat di sarankan kerana harganya yang murah di pasaran tempatan. Harga bagi anak 'kelisa hijau' bersaiz 3'-5' kebiasaannya antara RM150-RM180.

arowana hijau liar yang ditangkap penduduk
Namun begitu bagi memilih anak ikan ini, pengalaman di perlukan untuk membezakan sama ada baka yang di beli tidak tertukar dengan spesis 'yellow-tail' arowana kerana warna dan struktur badannya yang hampir sama. Warna hijau yang menyerlah akan muncul pada sisik yang ke-4 dan ke-5 apabila ikan ini mencapai usia seawal usia 7-9 bulan. Bentuk ikan ini agak membujur dan sedikit memendek. Kesemua sektor siripnya pula hijau-kekelabuan sementara ekornya membulat di bahagian hujung.Saiz maksimum ikan ini bawah 90cm (kira-kira 30'-35' inci). Warna kedua-dua belah mata bagi induk ikan ini adalah jernih kekuningan dan sesetengahnye berwarna sedikit kemerahan. Namun begitu variasinya bergantung pada habitat asal ikan tersebut. Warna sisiknya yang putih pudar (telus cahaya) haruslah meliputi dari bahagian abdomen sehingga sisik yang ke-5.

'Nami Green Arowana'
Terdapat lagi satu spesis iaitu 'Nami Green Arowana' yang mana di badannya terdapat corak batik yang unik. Gelaran 'Nami' yang diberikan sempena nama satu-satunya habitat asal ikan ini di sekitar kawasan Empangan Nami, Kedah. Namun begitu, ikan ini semakin sukar untuk di dapatkan kerana kuantitinya yang semakin berkurangan. Ada juga yang mengatakan ikan ini terdapat di Tasik Kenyir. Spesis ini juga adalah sangat sukar didapati di pasaran tempatan bagi tujuan kemersial.


video 'green arowana'

video 'nami green arowana'

0 comments: