CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

July 27, 2012

"SILVER AROWANA"


'Silver Arowana' ataupun arowana perak sudah lazim di dalam industri ikan kelisa. Spesies ini adalah spesies yang termurah di dalam kelompok arowana. Harga tempatan anak ikan jenis ini adalah murah berbanding jenis yang lain, kebiasaannya berada di dalam lingkungan RM 30~RM 50 mengikut saiz dan kualiti ikan. Oleh kerana harganya yang murah, spesies ini selalunya menjadi permulaan bagi mereka yang baru sahaja mula berjinak-jinak dengan arowana.

'Silver Arowana' mempunyai daya tarikannya yang tersendiri
Antara keperluan asas ikan ini adalah ruang yang besar kerana kadar tumbesaran ikan ini lebih cepat berbanding ikan kelisa yang lain. Selain daripada mempunyai kadar tumbesaran yang cepat, ikan ini juga lebih agresif berbanding spesies yang lain. Untuk tujuan pemeliharaan di dalam akuarium, penutup akuarium mestilah tertutup rapat kerana sifat ikan ini yang suka melompat keluar dari air.

anak "silver arowana" bersaiz 3-4' inci"
Silver Arowana mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Terdapat lagi satu spesies dimana sedikit pengubahsuaian genetik di lakukan untuk menghasilkan baka yang lebih menarik dan cantik. Platinum silver arowana adalah spesies silver arowana yang mempunyai warna putih berbeza dengan 'silver arowana' disebabkan oleh pengurangan semua jenis pigmen yang ada pada kulit.  Harga spesies ini sangat mahal melangkaui spesies yang lain.

"platinum silver arowana"


sila klik di sini untuk maklumat tambahan.>>>

video "platinum silver arowana"

video "silver arowana"


0 comments: