CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

July 27, 2012

"NEW HOME"


11" ~ SUPER HIGHBACK GOLDEN AROWANA
5' x 2' x 2' AQUARIUM TANK (BLACK CABINET)
BLACK TINTED - BOTTOM, BACK, SIDE

"SILVER AROWANA"


'Silver Arowana' ataupun arowana perak sudah lazim di dalam industri ikan kelisa. Spesies ini adalah spesies yang termurah di dalam kelompok arowana. Harga tempatan anak ikan jenis ini adalah murah berbanding jenis yang lain, kebiasaannya berada di dalam lingkungan RM 30~RM 50 mengikut saiz dan kualiti ikan. Oleh kerana harganya yang murah, spesies ini selalunya menjadi permulaan bagi mereka yang baru sahaja mula berjinak-jinak dengan arowana.

'Silver Arowana' mempunyai daya tarikannya yang tersendiri
Antara keperluan asas ikan ini adalah ruang yang besar kerana kadar tumbesaran ikan ini lebih cepat berbanding ikan kelisa yang lain. Selain daripada mempunyai kadar tumbesaran yang cepat, ikan ini juga lebih agresif berbanding spesies yang lain. Untuk tujuan pemeliharaan di dalam akuarium, penutup akuarium mestilah tertutup rapat kerana sifat ikan ini yang suka melompat keluar dari air.

anak "silver arowana" bersaiz 3-4' inci"
Silver Arowana mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Terdapat lagi satu spesies dimana sedikit pengubahsuaian genetik di lakukan untuk menghasilkan baka yang lebih menarik dan cantik. Platinum silver arowana adalah spesies silver arowana yang mempunyai warna putih berbeza dengan 'silver arowana' disebabkan oleh pengurangan semua jenis pigmen yang ada pada kulit.  Harga spesies ini sangat mahal melangkaui spesies yang lain.

"platinum silver arowana"


sila klik di sini untuk maklumat tambahan.>>>

video "platinum silver arowana"

video "silver arowana"


July 19, 2012

"HIGHBACK GOLDEN"

Spesies " highback golden " adalah antara spesies arowana yang mudah dan berpatutan untuk dimiliki oleh semua peminat ikan kelisa. Anak ikan kelisa yang kecil kebiasaannya dipelihara secara 'community tank' di mana beberapa ekor anak ikan kelisa di campurkan dan dibela di dalam tempat yang sama. Anak ikan perlu di asingkan apabila mencapai saiz tertentu. Berikut adalah video spesies anak ikan " highback golden " yang dipelihara sejak kecil.


4.5"-5"~ HIGHBACK GOLDEN AROWANA
21.05.2012 ~ 5 PCS


"DROP EYE (MATA JATUH)"


Apakah yang dikatakan dengan 'drop eye'?
Sebagai permulaan, 'drop eye' bukanlah sejenis penyakit yang membolehkan ianya berjangkit kepada ikan yang lain. Drop eye adalah keadaan mata ikan kelisa yang menghala sedikit ke bawah di sebabkan faktor-faktor tertentu. Keadaan ini tidak membahayakan kesihatan ikan tetapi haruslah di pastikan, pemilihan ikan yang baik adalah ikan yang bebas daripada sindrom 'drop eye'. Semakin meningkat usia ikan, semakin tinggi potensi untuk mendapat sindrom 'drop eye'.

sindrom 'mata jatuh' pada ikan kelisa

Apakah punca 'drop eye'?
Sehingga kini, masih tiada bukti saintifik yang kukuh untuk membuktikan punca simptom 'drop eye' ini. Namun begitu, pandangan-pandangan penggemar ikan kelisa berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, sedikit sebanyak boleh di jadikan panduan untuk mengelakkan keadaan ini. Antara perkara yang dikatakan punca sindrom ini bermula
adalah: 

1) Lemak yang berlebihan.
    ~Pemberian makanan yang berasaskan kandungan lemak yang tinggi seperti "super worm' dan 'feeder goldfish' menyebabkan penghasilan lemak di bahagian belakang mata ikan kelisa dan seterusnya menolak mata ikan ke bawah.

2) Faktor genetik.
    ~Induk ikan yang baik akan menghasilkan anak ikan yang lebih tahan lasak dan baik.

3) Keamatan cahaya yang terlalu terang.
    ~Lazimnya, lampu bagi tujuan 'tanning' di letakkan dalam jarak 5cm  dari paras air untuk menaikkan potensi warna sisik ikan sejak kecil. Kemungkinan ikan kelisa terganggu dengan keamatan lampu yang sangat terang akan menyebabkan ikan mengalihkan pandangan ke tempat lain khususnya ke dasar akuarium dan ini menyebabkan 'drop eye' mula terjadi. 

ikan kelisa normal tanpa sindrom 'mata jatuh'

4) Pandangan ikan ke dasar akuarium.
    ~Antara faktor yang menyebabkan ikan memandang ke bawah  adalah untuk mendapatan makanan seperti udang hidup yang lazimnya berada di dasar akuarium. Apabila ikan kelisa kerap memandang ke dasar akuarium, keadaan ini akan menyebabkan ikan mudah mendapat sindrom 'drop eye'.