CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

July 1, 2010

JANTINA AROWANA


Jantina kelisa memang sukar untuk dikenalpasti..hanya mereka yang pakar (mereka yang selalu melakukan kerja-kerja berkaitan penternakan kolam) sahaja yang mahir di dalam menentukan jantina ikan ini samada jantan mahupun betina. Kebiasaannya jantina ikan ini hanya boleh di kenalpasti apabila mencapai usia matang (2-3 tahun). Perbezaan yang dapat dilakukan adalah dengan melihat pada bahagian tubuh ikan dah kelebaran mulutnya (terutamanya di bahagian insang). Fungsi mulut pada sang jantan adalah untuk menyimpan dan memberi perlindungan kepada anak-anak ikan yang baru lahir. Berikut sedikit tips untuk mengenal jantina arowana:


CIRI-CIRI SI JANTAN

1) berbadan langsing dan kurus berbanding betina.
2) bermulut besar (menyimpan anak).
3) berkepala lebih besar berbanding betina.
4) bersifat lebih agresif (ketika berebut makanan atau mengawan).
5) memiliki warna yang lebih terang untuk menarik perhatian betina.

CIRI-CIRI SI BETINA

1) berbadan gemuk, lebih besar dan lebar.
2) mulut yang kecik sedikit berbanding jantan.
3) memiliki kepala yang lebih kecil.
4) tidak seagresif sang jantan.
5) warna sedikit pudar berbanding jantan.


June 3, 2010

HIGH BACK/RTG AROWANA



High Back Arowana ataupun nama lainnya Red Tail Golden agak mendapat perhatian bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan spesis ikan kelisa ini. Ini kerana berikutan harganya yang tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki oleh mereka yang baru menceburkan diri dalam minat ini. Harga pasaran bagi anak high back adalah RM 650 ke atas (3'-5' inci). Warna spesis ikan yang berasal dari Indonesia,khususnya Pekan Baru-Sumatera ini biasanya tidak melewati punggung dan hanya sampai sehingga sisik ke-4. High Back Quality atau Super High Back pula warnanya mencecah sehingga sisik ke-5. Namun begitu, spesis High Back ini menpunyai kebanggaannya yang tersendiri di kalangan pemiliknya.RTG juga dikatakan lebih agresif berbanding XBack. Seperti spesis arowana yang lain, spesis ini memiliki keseragaman 'base colour' seperti blue base, green base, dan gold base. Saiznya juga dikatakan dapat membesar lebih berbanding XBack.


"anak super highback golden bersaiz 3-4" inci"

April 14, 2010

DIET DAN PEMAKANAN


PENGENALAN

Arowana adalah termasuk dalam kategori karnivor. Kebanyakan daripada diet ikan ini di habitat semulajadi adalah serangga, anak-anak ikan, udang, cacing dan haiwan amfibia kecil. Namun begitu, bagi penggemar ikan ini, makanan hidup lebih di sarankan untuk di berikan. Terdapat juga makanan berbentuk tablet yang berkhasiat tinggi di bungkus khas untuk ikan ini di pasaran tempatan. Kepelbagain variasi makanan haruslah di ambil kira untuk membekalkan zat-zat makanan yang merupakan sumber utama untuk tumbesaran dan mengelakkan arowana daripada kehilangan selera makannya.

Untuk anak arowana (bawah 6' inci) makanan perlu diberikan 3 kali sahari. Bagi arowana yang bersaiz (6'-14' inci), 2 kali sehari. Manakala bagi arowana yang dalam tempuh matang (atas 14' inci) perlu diberi makan sekali sehari atau berselang sehari. Penggunaan anak ikan yang mengandungi banyak lemak perlu dijarakkan untuk mengelakkan sindrom seperti 'eye-drop' (mata ke arah bawah). Selain itu, arowana juga tidak boleh terlebih di beri makan. Ini bakal menghilangkan selera makan ikan tersebut seterusnya menyebabkan ikan melaparkan dirinya selama beberapa hari. Terlebih beri makan juga dipercayai dapat memendekkan jangka hidupnya dan sedikit sebanyak memudaratkan keupayaannya untuk membiak.

Apabila makanan hidup di berikan, penekanan haruslah ambil. Anak ikan, lipan, lipas atau makanan hidup yang lain perlu di 'kuarantin' selama beberapa hari untuk memastikan makanan tersebut benar-benar selamat untuk di berikan kepada arowana. Dalam masa yang sama risiko menyebaran wabak penyakit dapat di kurangkan.

Antara jenis-jenis makanan yang boleh dijadikan variasi untuk spesis arowana ini adalah seperti yang berikut :

LIPAN

lipan antara kegemaran arowana

Lipan adalah makanan arowana yang sangat berkhasiat. Para penggemar arowana menggunakannya untuk menaikkan warna merah pada badan ikan tersebut. Namun begitu, adalah sukar untuk mendapatkan bekalan ini di pasaran. Terdapat juga lipan beku yang dijual berbanding dengan lipan hidup. Ada yang berpendapat kekerapan menggunakan lipan mungkin menyebabkan sirip dan ekor ikan reput kerana sifatnya yang panas.

MEALWORMS (CACING BURUNG)

"cacing burung"

Cacing burung adalah salah satu lagi diet yang menyihatkan dan berkhasiat untuk arowana. Namun demikian, oleh kerana kulit ataupun cengkerangnya yang agak kasar dan keras, elakkan daripada memberi anak ikan arowana untuk mengelakkan daripasa masalah seperti ketidakhadaman dan kecederaan dalaman. Gunakan cacing yang baru sahaja mengelupaskan kulitnya (berwarna putih)kerana ketika ini, cacing masih lembut. Kulit cacing yang berwarna gelap menandakan ia sudah tua. Warna yang cerah disarankan. Elakkan memberi cacing yang sudah mati kepada arowana anda untuk mengelakkan risiko kematian.

Teknik melemaskan cacing dahulu sebelum di berikan kepada ikan adalah di syorkan. Itupun jika arowana anda ingin memakan cacing yang sudah mati. Kepala cacing juga di sarankan di buang terlebih dahulu bagi mengelakkan masalah penghadaman. Cara pemberian haruslah betul. Berikan cacing satu demi satu, selepas cacing yang pertama sudah di telan ikan, masukkan cacing yang kedua. Elakkan daripada memberikan dalam kuantiti yang banyak sekali gus bagi mengelakkan ikan anda hilang selera dan demi memelihara kebersihan akuarium anda daripada menjadi kotor dan busuk di sebabkan cacing tersebut.

KATAK


Katak (Rana catesbeiana) merupakan antara diet kegemaran arowana. Katak adalah makanan yang sangat berkhasiat bagi arowana. Katak yang hendak diberikan kepada arowana seeloknya adalah katak yang dipelihara dan bukanlah katak liar yang ditangkap dari sawah atau padang. Katak liar tidak sesuai diberikan kepada arowana kerana ia berisiko tinggi mengandungi racun atau toksik di dalam tubuhnya.

Diet katak ini sesuai di berikan kepada arowana seawal usia ikan mencapai 6-7 bulan, kira-kira ketika ikan bersaiz 8'-9' inci. Saiz katak mestilah bersesuaian dengan saiz mulut ikan. Ini bagi memudahkan ikan menelan katak dan seterusnya menghadamnya.

katak juga antara diet istimewa arowana
Selain mudah didapati, spesies amfibia yang berkaki panjang di belakang dan berkaki pendek di hadapannya serta berkulit perang muda pada badan ini juga, dikatakan paling berkesan untuk menjerat ikan terbabit sebagai diet makanan utamanya. Asalnya daripada telur atas permukaan air, katak minyak ini yang juga seperti katak lain akan berkembang menjadi anak berudu kemudian berubah menjadi katak dewasa apabila mencapai tempoh matangnya. Bergerak secara melompat dari satu tempat ke tempat lain dan menjadikan serangga sebagai makanannya, katak ini gemar menjadikan kawasan tanah lembap sebagai habitatnya untuk berlindung dari musuhnya.

Secara amnya, katak ini mudah dikesan apabila mengeluarkan bunyi menguap secara berterusan ketika musim mengawan atau hujan. Di kedai akuarium, katak banyak dijual dan harganya sekitar RM0.50 seekor dan mereka yang ingin mencari sendiri boleh melakukannya dengan menyuluh katak itu di sekitar kawasan padang lembap atau tebing parit, sawah atau sungai. 

April 13, 2010

DAUN KETAPANG



Daun ketapang ataupun nama saintifiknya "terminalia catappa" amat berguna di dalam dunia menternak ikan arowana. Faedahnya yang pelbagai membuatkan terdapatnya individu tertentu yang manjadi pembekal tetap di dalam industri ini. Daun-daun ketapang kering yang keguguran biasanya akan meghasilkan warna coklat pekat apabila bercampur dengan air. Larutan ini di penuhi dengan asam organik seperti tanin dan humic. Bahan organik inilah yang akan bertindak balas untuk menurunkan PH air, menyerap bahan kimia berbahaya dan seterusnya menimbulkan persekitaran yang selesa untuk ikan arowana.


Namun begitu, kehadiran daun ketapang yang sangat banyak bakal menimbulkan kemudaratan kepada arowana anda kerana daun-daun ini akan menyebabkan PH akuarium atau kolam anda menurun secara mendadak dan keadaan ini boleh menyebabkan kematian arowana apabila PH air kurang dari 6.8. Oleh itu, kuantiti daun perlu di sesuaikan dengan PH air yang diduduki ikan anda. Kualiti air yang baik adalah berada pada PH 6.8-7.5. Manakala suhu yang ideal ialah 27C-29C. Ramai yang berpendapat fungsi daun ini sama sahaja seperti "black water" yang banyak terdapat di pasaran. Kesimpulannya, daun ini sangat sesuai untuk menghilangkan "stress" ikan anda.

April 9, 2010

SUPER RED


Spesis yang mana habitat asalnya terletak di Indonesia (bahagian barat Kalimantan) dan mendiami Tasik Sentarum dan Sungai Kapuas ini antara yang mendapat jolokan mata para peminat setia ikan arowana. Berbanding dengan 'Cross Back Golden Asian Arowana', baka super red lebih tampak menonjol dengan tampilan warna merah yang pelbagai. Ikan spesies merah ini mempunyai beberapa variasi seperti merah darah (blood red), merah cili/cabai (chili red), dan merah oren (orange red). Warna merah yang terdapat sejak kecil pada bahagian barble, ekor, dan siripnya akan di ikuti pada bahagian pipi dan insang apabila umur ikan tersebut meningkat matang (kira-kira pada usia lebih 3-4 tahun). Ring yang jelas pada sisik di badannya akan mulai kelihatan apabila saiznya mencapai ukuran 25 cm (10'-11' inci) ke atas. Kebiasaan harga tempatan untuk induk jenis ini adalah RM9000-RM10 000. Manakala bagi harga semasa anak ikan adalah RM1200. Pelbagai cara turut digunakan oleh penggemar ikan ini untuk menyerlahkan lagi warna merahnya seperti pemberian lipan, atau membiarkan ikan terkena sinaran matahari langsung.

BLOOD RED


'Blood Red Arowana' yang merupakan salah satu variasi daripada 'Super Red' cukup mempunyai peminatnya yang sanggup mengeluarkan modal yang tinggi untuk memiliki spesis ini. Harga pasaran tempatan di Malaysia bagi ikan ini adalah antara RM1000-RM1500 berukuran antara 3'-5' inci. Ikan mudah di dapati di pasaran. Bentuknya pula menirus pada bahagian badan sehingga ke kepala. Sisiknya pula mempunyai warna teras 'base colour' kebiruan manakala warna pada permukaan tebing sisik serta bahagian pipinya merah tua. Bahagian ekor dan sirip lazimnya berwarna merah tua manakala struktur hujung ekornya membulat.

CHILI RED


'Chili Red Arowana' adalah termasuk di dalam kategori 'Super Red'. Harga tempatan ikan ini adalah lebih kurang sama dengan baka jenis 'Blood Red'. Bentuknya melandai dari bahagian atas badan sehingga ke bahagian kepala. Warna pada teras sisiknya adalah kebiruan berbeza dengan permukaan tebing sisik yang berwarna oren kemerahan. Bahagian sirip dan ekor spesis ini adalah merah terang dan bentuk ekornya yang menajam di bahagian hujung. Ada yang mengatakan jenis ini lambat sedikit menampakkan warna merahnya secara keseluruhan berbanding yang lain.

"GREEN AROWANA"


arowana hijau bersaiz 13" 
'Green Arowana' ataupun lebih di kenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'kelisa hijau' merupakan salah satu spesis ikan kelisa Asia Tenggara yang sangat diminati. Kelisa ini mendiami sungai dan tasik besar yang tertentu di Asia Tenggara (tidak termasuk Filipina) seperti Tasik Kenyir. Spesis ini merupakan spesis kelisa yang termurah selain daripada 'yellow-tail' dan 'pearl ' arowana. Bagi penggemar yang baru menceburkan diri untuk memiliki spesis arowana sebagai ikan hiasan di rumah, spesis ini sangat di sarankan kerana harganya yang murah di pasaran tempatan. Harga bagi anak 'kelisa hijau' bersaiz 3'-5' kebiasaannya antara RM150-RM180.

arowana hijau liar yang ditangkap penduduk
Namun begitu bagi memilih anak ikan ini, pengalaman di perlukan untuk membezakan sama ada baka yang di beli tidak tertukar dengan spesis 'yellow-tail' arowana kerana warna dan struktur badannya yang hampir sama. Warna hijau yang menyerlah akan muncul pada sisik yang ke-4 dan ke-5 apabila ikan ini mencapai usia seawal usia 7-9 bulan. Bentuk ikan ini agak membujur dan sedikit memendek. Kesemua sektor siripnya pula hijau-kekelabuan sementara ekornya membulat di bahagian hujung.Saiz maksimum ikan ini bawah 90cm (kira-kira 30'-35' inci). Warna kedua-dua belah mata bagi induk ikan ini adalah jernih kekuningan dan sesetengahnye berwarna sedikit kemerahan. Namun begitu variasinya bergantung pada habitat asal ikan tersebut. Warna sisiknya yang putih pudar (telus cahaya) haruslah meliputi dari bahagian abdomen sehingga sisik yang ke-5.

'Nami Green Arowana'
Terdapat lagi satu spesis iaitu 'Nami Green Arowana' yang mana di badannya terdapat corak batik yang unik. Gelaran 'Nami' yang diberikan sempena nama satu-satunya habitat asal ikan ini di sekitar kawasan Empangan Nami, Kedah. Namun begitu, ikan ini semakin sukar untuk di dapatkan kerana kuantitinya yang semakin berkurangan. Ada juga yang mengatakan ikan ini terdapat di Tasik Kenyir. Spesis ini juga adalah sangat sukar didapati di pasaran tempatan bagi tujuan kemersial.


video 'green arowana'

video 'nami green arowana'

YELLOW-TAIL


Yellow-Tail Arowana yang sering kali di kenali sebagai 'kelisa kuning' merupakan antara baka yang termurah di dalam golongan spesis arowana. Kehadiran warna kuning pada bahagian sirip dorsal, sirip anal dan ekor membuatkan spesis ini lain daripada yang lain. Kebiasaannya, spesis kuning ini memilki harga pasaran lebih kurang sama dengan jenis 'Green Arowana' iaitu antara RM130-RM150. Tidak dinafikan ikan ini boleh dikatakan kurang menyerlah kerana warnanya yang kurang menarik berbanding jenis-jenis kelisa yang lain seperti 'Malaysian Golden' atau 'Super Red' yang memiliki harga pasaran yang melonjak tinggi. Sisiknya berwarna seakan-akan putih susu atau 'milky-white' apabila mula matang. Terdapat juga pihak yang mengiktiraf kelisa kuning ini hasil daripada kacukan gold dan green arowana. Namun begitu, spesis ini sesuai untuk di jadikan pengalaman bagi penggemar 'dragonfish' yang baru berjinak-jinak untuk mencari selok-belok pengalaman membela baka ikan yang lebih mahal.

April 8, 2010

STRUCTURE


Arowana merupakan spesis ikan yang sangat unik. Ramai penggemar yang asyik dengan bentuk rupa parasnya yang mampu mempamerkan kepuasan sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tingi. Hampir kesemua family arowana mempunyai kepala yang bertulang dan badan yang di liputi dengan sisik yang besar dan berat yang mana berbentuk seakan-akan seperti mozek dengan susunan yang melintang. Warna sisik adalah berbeza mengikut baka induk. Semakin cantik sisik tersebut semakin mahallah harga pasaran ikan berkenaan. Susunan sisik ikan ini dapat di bahagikan kepada 6 bahagian. Bermula dari bahagian yang berdekatan 'sirip pelvic' (1st level) sehinggalah bahagian atas badan ikan tersebut (6th level).

Pada bahagian 'sirip dorsal' dan bahagian atas 'sirip anal' terdapatnya anjuran sinar lembut dan agak panjang manakala 'sirip pectoral' dan 'sirip pelvic' adalah kecil. Di bahagian hadapan mulut ikan ini terdapat sepasang 'barbel' yang lembut. Gelaran (dragon) diberikan sempena sisiknya yang besar dan kehadiran 'barbel' pada atas bahagian 'lower jaw'. Nama (bony-tongue) atau 'lidah-tulang' berasal daripada tulang bergigi (lidah) di dasar mulut ikan kelisa ini yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut.

'Lateral line' atau garisan mengunjur yang terdapat pada badan ikan kelisa terdiri daripada siri "pore-like organs" yang membantunya mengesan getaran atau tekanan di dalam air. Fungsi ini adalah sama dengan apa yang terdapat pada semua jenis ikan yang lain.