CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Showing posts with label 2) TYPES. Show all posts
Showing posts with label 2) TYPES. Show all posts

April 9, 2010

SUPER RED


Spesis yang mana habitat asalnya terletak di Indonesia (bahagian barat Kalimantan) dan mendiami Tasik Sentarum dan Sungai Kapuas ini antara yang mendapat jolokan mata para peminat setia ikan arowana. Berbanding dengan 'Cross Back Golden Asian Arowana', baka super red lebih tampak menonjol dengan tampilan warna merah yang pelbagai. Ikan spesies merah ini mempunyai beberapa variasi seperti merah darah (blood red), merah cili/cabai (chili red), dan merah oren (orange red). Warna merah yang terdapat sejak kecil pada bahagian barble, ekor, dan siripnya akan di ikuti pada bahagian pipi dan insang apabila umur ikan tersebut meningkat matang (kira-kira pada usia lebih 3-4 tahun). Ring yang jelas pada sisik di badannya akan mulai kelihatan apabila saiznya mencapai ukuran 25 cm (10'-11' inci) ke atas. Kebiasaan harga tempatan untuk induk jenis ini adalah RM9000-RM10 000. Manakala bagi harga semasa anak ikan adalah RM1200. Pelbagai cara turut digunakan oleh penggemar ikan ini untuk menyerlahkan lagi warna merahnya seperti pemberian lipan, atau membiarkan ikan terkena sinaran matahari langsung.

BLOOD RED


'Blood Red Arowana' yang merupakan salah satu variasi daripada 'Super Red' cukup mempunyai peminatnya yang sanggup mengeluarkan modal yang tinggi untuk memiliki spesis ini. Harga pasaran tempatan di Malaysia bagi ikan ini adalah antara RM1000-RM1500 berukuran antara 3'-5' inci. Ikan mudah di dapati di pasaran. Bentuknya pula menirus pada bahagian badan sehingga ke kepala. Sisiknya pula mempunyai warna teras 'base colour' kebiruan manakala warna pada permukaan tebing sisik serta bahagian pipinya merah tua. Bahagian ekor dan sirip lazimnya berwarna merah tua manakala struktur hujung ekornya membulat.

CHILI RED


'Chili Red Arowana' adalah termasuk di dalam kategori 'Super Red'. Harga tempatan ikan ini adalah lebih kurang sama dengan baka jenis 'Blood Red'. Bentuknya melandai dari bahagian atas badan sehingga ke bahagian kepala. Warna pada teras sisiknya adalah kebiruan berbeza dengan permukaan tebing sisik yang berwarna oren kemerahan. Bahagian sirip dan ekor spesis ini adalah merah terang dan bentuk ekornya yang menajam di bahagian hujung. Ada yang mengatakan jenis ini lambat sedikit menampakkan warna merahnya secara keseluruhan berbanding yang lain.

"GREEN AROWANA"


arowana hijau bersaiz 13" 
'Green Arowana' ataupun lebih di kenali oleh masyarakat tempatan sebagai 'kelisa hijau' merupakan salah satu spesis ikan kelisa Asia Tenggara yang sangat diminati. Kelisa ini mendiami sungai dan tasik besar yang tertentu di Asia Tenggara (tidak termasuk Filipina) seperti Tasik Kenyir. Spesis ini merupakan spesis kelisa yang termurah selain daripada 'yellow-tail' dan 'pearl ' arowana. Bagi penggemar yang baru menceburkan diri untuk memiliki spesis arowana sebagai ikan hiasan di rumah, spesis ini sangat di sarankan kerana harganya yang murah di pasaran tempatan. Harga bagi anak 'kelisa hijau' bersaiz 3'-5' kebiasaannya antara RM150-RM180.

arowana hijau liar yang ditangkap penduduk
Namun begitu bagi memilih anak ikan ini, pengalaman di perlukan untuk membezakan sama ada baka yang di beli tidak tertukar dengan spesis 'yellow-tail' arowana kerana warna dan struktur badannya yang hampir sama. Warna hijau yang menyerlah akan muncul pada sisik yang ke-4 dan ke-5 apabila ikan ini mencapai usia seawal usia 7-9 bulan. Bentuk ikan ini agak membujur dan sedikit memendek. Kesemua sektor siripnya pula hijau-kekelabuan sementara ekornya membulat di bahagian hujung.Saiz maksimum ikan ini bawah 90cm (kira-kira 30'-35' inci). Warna kedua-dua belah mata bagi induk ikan ini adalah jernih kekuningan dan sesetengahnye berwarna sedikit kemerahan. Namun begitu variasinya bergantung pada habitat asal ikan tersebut. Warna sisiknya yang putih pudar (telus cahaya) haruslah meliputi dari bahagian abdomen sehingga sisik yang ke-5.

'Nami Green Arowana'
Terdapat lagi satu spesis iaitu 'Nami Green Arowana' yang mana di badannya terdapat corak batik yang unik. Gelaran 'Nami' yang diberikan sempena nama satu-satunya habitat asal ikan ini di sekitar kawasan Empangan Nami, Kedah. Namun begitu, ikan ini semakin sukar untuk di dapatkan kerana kuantitinya yang semakin berkurangan. Ada juga yang mengatakan ikan ini terdapat di Tasik Kenyir. Spesis ini juga adalah sangat sukar didapati di pasaran tempatan bagi tujuan kemersial.


video 'green arowana'

video 'nami green arowana'

YELLOW-TAIL


Yellow-Tail Arowana yang sering kali di kenali sebagai 'kelisa kuning' merupakan antara baka yang termurah di dalam golongan spesis arowana. Kehadiran warna kuning pada bahagian sirip dorsal, sirip anal dan ekor membuatkan spesis ini lain daripada yang lain. Kebiasaannya, spesis kuning ini memilki harga pasaran lebih kurang sama dengan jenis 'Green Arowana' iaitu antara RM130-RM150. Tidak dinafikan ikan ini boleh dikatakan kurang menyerlah kerana warnanya yang kurang menarik berbanding jenis-jenis kelisa yang lain seperti 'Malaysian Golden' atau 'Super Red' yang memiliki harga pasaran yang melonjak tinggi. Sisiknya berwarna seakan-akan putih susu atau 'milky-white' apabila mula matang. Terdapat juga pihak yang mengiktiraf kelisa kuning ini hasil daripada kacukan gold dan green arowana. Namun begitu, spesis ini sesuai untuk di jadikan pengalaman bagi penggemar 'dragonfish' yang baru berjinak-jinak untuk mencari selok-belok pengalaman membela baka ikan yang lebih mahal.